Hingga Akhir Waktu merupakan sebuah sinetron yang diproduksi oleh
Sinemart, dan ditayangkan oleh stasyen televisyen swasta
RCTI. Sinetron ini mulai ditayangkan pertama kali pada tanggal 3 Maret 2008 pukul 21.30. Sedang tayang di
Astro Ria pada
29 Julai 2011, ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat dan tamat pada
26 September 2011.Sinetron ini mengisahkan tentang seorang budak kecil yang hilang, bernama
Anggrek(dilakonkan oleh
Marshanda) kerana kelalaian papanya (dilakonkan oleh
Rico Tampatty). Peristiwa tersebut membuat ibu bapanya kelang-kabut, ibunya (dilakonkan oleh
Feby Febiola)mengalami depresi berat. Kerana merasa kehilangan yang sangat besar terhadap Anggrek, ibunya akhirnya mengangkat seorang anak yang ditemukan di jalan untuk dijadikan seperti anak kandungnya, anak yang diambil itu dilakonkan oleh
Asmirandah. Sedangkan Anggrek asli yang hilang diadopsi oleh seorang lelaki yang baik (dilakonkan oleh
Teddy Syah). Mereka bertukar hingga belasan tahun lamanya.Kisah ini mengangkat drama melankolis yang termasuk dalam alur ceritanya. Dengan dibumbui oleh cerita cinta, kasih sayang keluarga, kecemburuan, dan harapan. Sinetron ini juga disokong oleh pelakon seperti
Lucky Perdana,
Ayudia Bing Slamet,
Dina Lorenza,
Adi Bing Slamet,
Devi Permatasari,
Billy Davidson,
Donny Damara, dan
Ali Syakieb.